fbpx

Mekah sambut ketibaan jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menunjukkan kumpulan pertama jemaah haji menaiki bas menuju ke kota suci Mekah kelmarin. – AFP

JEDDAH – Kota suci Mekah sekali lagi mendepakan tangannya untuk menyambut ketibaan jemaah haji walaupun hanya segelintir bertuah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Akhbar Arab News melaporkan, ibadat haji tahun ini terhad kepada kira-kira 1,000 jemaah sahaja disebabkan pandemik koronavirus.

Menurutnya, para jemaah haji tersebut terdiri daripada mereka yang berada di Arab Saudi dengan sekitar 700 adalah ekspatriat.

Warga Emiriyah Arab Bersatu, Abdullah Al-Kathiri merupakan antara jemaah haji pertama tiba di Tanah Haram.

Dia yang merupakan bekas pesakit Covid- 19, terpaksa menangguhkan untuk menunaikan haji pada tahun lalu atas urusan perkahwinan.

“Saya mendengar dari ramai orang yang mengerjakan haji sebelum ini bahawa proses tersebut adalah lancar walaupun bilangan jemaah yang begitu ramai.

“Justeru, anda boleh bayangkan bagaimana proses haji tahun ini dengan bilangan jemaah yang terhad. Sudah tentu ia pengalaman hebat,” katanya.

Jemaah wanita keturunan Bulgaria, Khadija pula menitiskan air mata apabila diberitahu bahawa dia antara segelintir umat Islam yang akan mengerjakan haji tahun ini.

“Saya tidak menyangka mereka (kerajaan Arab Saudi) menerima saya. Saya pasti haji kali ini akan menjadi yang terbaik dalam semua aspek,” kata wanita itu.

Seorang lagi jemaah yang tidak menyangka menjadi antara ‘insan terpilih’ tersebut, Dr. Haifa Yousef Hamdoon berkata, dia berasa sungguh gembira dan tidak menyangka akan menunaikan haji tahun ini.

Dr.Haifa adalah seorang pegawai perubatan dari Tunisia yang kini menetap di wilayah Qassim, tengah Arab Saudi.

Seorang lagi penduduk Qassim, Mu’taz Mohamed yang berdarah Sudan turut memuji langkah pencegahan dan waspada kerajaan Arab Saudi dalam memastikan keselamatan dirinya dan jemaah lain supaya mereka dapat mengerjakan haji dengan selamat.

Selepas prosedur ketibaan, semua jemaah itu dibawa ke tempat tinggal mereka di Mekah dengan diselia Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Mereka akan tinggal di Mekah selama empat hari sebelum memulakan ibadat haji mulai Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI