fbpx

Barcelona tawar Vidal, Rakitic demi Guendouzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUENDOUZI (tengah) menarik minat Barcelona yang sanggup untuk melepaskan dua pemainnya ke Arsenal sebagai pertukaran. - AFP

BARCELONA – Kelab gergasi La Liga, Barcelona sudah menghantar tawaran baharu untuk Arsenal dalam misi menandatangani pemain remaja ‘bermasalah’ The Gunners, Matteo Guendouzi pada jendela perpindahan musim ini.

Tawaran pertama yang dihantar oleh The Catalan minggu lalu buat Arsenal adalah dengan membuat pertukaran suka sama suka dengan perancang kelahiran Brazil, Philippe Coutinho.

Namun, syarat yang diletakkan adalah Arsenal perlu membayar wang tunai tambahan sebanyak £45 juta (RM246.1 juta) jika mahu mendapatkan Coutinho tetapi tidak dipersetujui skuad kendalian Arteta itu.

Susulan itu, Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal dilaporkan membuat tawaran berganda dengan ‘menghadiahkan’ dua pemain veteran, Ivan Rakitic and Arturo Vidal secara percuma demi menandatangani khidmat Guendouzi tanpa melibatkan Coutinho.

Sebagai rekod, Guendouzi yang juga pemain antarabangsa Perancis sudah tidak ‘sehaluan’ dengan Arteta dan sedia dilepaskan pada jendela perpindahan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI