fbpx
Gambar hiasan

RON95, RON97 turun empat sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 turun empat sen seliter iaitu pada paras RM1.68 seliter daripada RM1.72 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 31 Julai depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pada masa sama, harga runcit petrol RON97 juga turun empat sen seliter iaitu pada paras RM1.98 seliter daripada RM2.02 seliter.

Menurutnya, harga runcit diesel turut turun sebanyak lima sen seliter iaitu pada paras RM1.82 seliter berbanding RM1.87 seliter sebelum ini.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

POPULAR