fbpx

Lelaki Bangladesh Md. Rayhan Kabir berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Rayhan Kabir berjaya ditahan susulan risikan dan buruan berterusan selama dua minggu oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

KUALA LUMPUR – Warga Bangladesh dikenali sebagai Md. Rayhan Kabir ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6 petang.

Menurut beliau, lelaki warga asing itu kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh JIM.

Sementara itu, Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, warga asing itu ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

“Ia hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM yang dilakukan secara berterusan selama dua minggu.

“Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” tegas beliau.

Md. Rayhan Kabir diburu pihak polis selepas membuat dakwaan migran di Malaysia dilayan seperti haiwan.

Dia membuat dakwaan itu ketika ditemu bual oleh stesen penyiaran Al Jazeera.

JIM turut mencari lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Menerusi dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, Md Rayhan Kabir mendakwa wujud diskriminasi di Malaysia dalam mengendalikan kes COVID-19 membabitkan warga asing.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI