fbpx

Blanc bakal ganti Setien di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLANC

BARCELONA – Bekas jurulatih Perancis, Laurent Blanc dilihat sebagai salah satu pilihan yang sedang dinilai oleh Barcelona untuk menggantikan Quique Setien musim depan.

Setien yang dilantik menggantikan Ernesto Valverde sebelum ini gagal memberikan impak yang besar buat The Catalan apabila mereka gagal mempertahankan kejuaraan La Liga kepada musuh utama, Real Madrid musim ini.

Bekas jurulatih Real Betis itu tidak mempunyai pilihan ke­cuali memastikan Barcelona berjaya merangkul Liga Juara-Juara musim ini sebagai harapan untuk beliau terus kekal di Camp Nou.

Bagaimanapun, terdapat laporan bahawa Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal sudah melakukan ‘kerja’ untuk membawa masuk Blanc sebagai jurulatih baharu kelab tersebut.

Blanc juga dikatakan sangat berminat untuk mengemudi Barcelona selepas kali terakhir membimbing pasukan pada 2016 ketika melatih Paris Saint-Germain (PSG).

Abidal juga dikatakan sangat mengenali Blanc kerana pernah bekerjasama di dalam skuad kebangsaan Perancis pada 2010 hingga 2012 dan sangat memahami gaya bola sepak pengurus tersebut selain menganggap ia sesuai untuk Barcelona.

Selepas meninggalkan PSG, Blanc telah menolak beberapa tawaran termasuk dari Sevilla dan Galatasaray tetapi pada usia 54 tahun kini, beliau kembali berminat untuk mengemudi semula pasukan bola sepak.

Namun, hasrat Blanc untuk menjadi ‘bos’ di Camp Nou tidak mudah kerana Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dikatakan lebih berminat untuk membawa masuk Ronald Koeman sebagai pengendali baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI