fbpx

Wajib pakai pelitup muka mulai 1 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dilakukan susulan penambahan kluster-kluster baharu yang telah dikenalpasti serta atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Trend jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan walaupun sedikit demi sedikit dan KKM melaporkan kadar pematuhan operasi pematuhan standard (SOP) dalam kalangan orang ramai semakin menurun termasuk di kawasan pengangkutan awam.

“Mengambil kira semua aspek itu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak,” katanya pada sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, orang ramai dibenar menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI