fbpx

Covid-19: Sembilan kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan enam kes penularan tempatan dan tiga kes import menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,840 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima adalah warganegara manakala empat bukan warganegara.

“Enam kes penularan tempatan melibatkan empat warganegara di Sarawak, ia merupakan beberapa kluster aktif di Sarawak termasuk kluster Sentosa, Stutong dan Kejuruteraan Kuching. Dua lagi adalah bukan warganegara.

“Kes import pula melibatkan satu warganegara dan dua bukan warganegara,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI