fbpx

Zuhrah miliki puluhan gunung berapi aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ NASA menunjukkan sebuah gunung berapi besar di planet Zuhrah. – AFP

ZURICH, SWITZERLAND – Kewujudan berpuluh-puluh tapak menempatkan gunung berapi aktif dikenal pasti buat kali pertama di planet Zuhrah, lapor majalah saintifik New Scientist kelmarin.

Penemuan tersebut dapat membantu misi ke planet itu pada masa hadapan dan menjawab persoalan mengapa hidupan wujud di Bumi dan bukan Zuhrah.

Penyelidik Institut Teknologi Persekutuan Switzerland di Zurich, Anna Gulcher dan rakan-rakan saintis beliau menghasilkan simulasi beresolusi tinggi untuk menunjukkan bagaimana gunung berapi terbentuk di planet Zuhrah.

Simulasi itu dihasilkan berdasarkan data daripada misi Ekspres Zuhrah milik Agensi Angkasa Lepas Eropah yang berakhir pada tahun 2014.

Pasukan saintis berkenaan kemudian membandingkan simulasi sama dengan imej Zuhrah yang dirakam kapal angkasa Magellan pada tahun 1990-an.

Misi Magellan dikendalikan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

“Ada pihak menyatakan bahawa gunung berapi di Zuhrah pernah aktif sebelum ini,” kata Gulcher, bermaksud planet itu pernah mengalami letusan gunung berapi beberapa juta tahun lalu.

“Perkara baharu yang kami lakukan adalah memetakan rantau yang mempunyai gunung berapi di Zuhrah,” tambahnya.

Berdasarkan imej Magellan, mereka mendapati 37 tapak gunung berapi itu adalah aktif.

Tapak gunung berapi tersebut yang dinamakan korona, adalah jauh lebih besar daripada gunung berapi di Bumi.

Pasukan saintis itu mendapati korona di Zuhrah memiliki purata diameter 300 kilometer.

Gunung berapi aktif terbesar di Bumi iaitu Mauna Loa di Pulau Hawaii memiliki lebar hanya 120 kilometer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI