fbpx

Tiada kes Covid-19 di Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Azimi

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Tenggganu menafikan dakwaan kononnya seorang penduduk Kampung Padang Jambu, Dungun positif Covid-19 yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Azimi Yunus berkata, remaja perempuan tersebut sebenarnya hanya mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI).

“Pejabat Kesihatan Dungun telah merujuk pesakit itu ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan pada 19 Julai lalu.

” Ujian pengesanan Covid-19 telah dijalankan pada 21 Julai lalu (semalam) dan keputusannya negatif,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Azimi berkata, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar berita tidak sahih yang menimbulkan kegusaran dan panik dalam kalangan masyarakat.

Begitu pun, beliau tetap menghargai keprihatinan segelintir masyarakat namun mereka dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan Covid-19 di negeri tersebut.

“Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuatkuasa sehingga 31 Ogos ini,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI