fbpx

Honda BR-V baharu catat lebih 1,400 unit tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Honda BR-V baharu menerima tempahan yang baik daripada para peminatnya sejak mula dilancarkan tahun 2017.

KUALA LUMPUR – Honda BR-V baharu mencatat lebih daripada 1,400 unit tempahan selepas dilancarkan sebulan lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, daripada dua jenis varian yang ditawarkan, 85 peratus daripada BR-V yang ditempah adalah daripada varian V, manakala selebihnya adalah varian E yang lebih rendah.

Menurut beliau, warna paling popular pula ialah Modern Steel Metallic yang mewakili lebih daripada 24 peratus tempahan.

“Malaysia kini masih berada dalam fasa pemulihan, kami berbesar hati melihat pelanggan mula kembali ke pusat pengedarannya untuk membuat pembelian dan penyelenggaraan kenderaan.

“Semua pengedar Honda selamat dikunjungi dan kami telah membuat langkah pencegahan termasuk membuat saringan suhu badan, melakukan sanitasi dan kawalan pengunjung,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tambah Ishiyama, Honda Malaysia telah mengumumkan penurunan harga kenderaan bulan lalu, selari dengan pengecualian cukai jualan oleh kerajaan.

Sejak diperkenalkan di negara ini pada 2017, kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan tujuh tempat duduk itu merupakan antara model paling popular dalam segmennya dengan 32,600 unit telah terjual.

Honda BR-V baharu dilengkapi enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang digabungkan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) dan mampu mencapai kuasa maksimum 120PS, yang tertinggi dalam kelasnya.

Ia juga cukup praktikal dengan but seluas 223 liter dengan semua kerusi dinaikkan dan sekiranya bahagian kerusi belakang dilipat, keluasan butnya mencecah 539 liter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI