fbpx

Hari bersejarah buat Liverpool awal pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL akan menerima trofi kejuaraan EPL selepas tamat aksi menentang Chelsea di Anfield awal pagi esok.

LIVERPOOL akan dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat pertama kali sejak 1990 dan bakal menerima trofi dan medal kejuaraan di Stadium Anfield awal pagi esok.

Seramai 22 pemain The Reds akan menerima medal kejuaraan tersebut sebaik sahaja tamat aksi menentang Chelsea di laman sendiri nanti.

Trofi dan medal itu akan diserahkan pada majlis istimewa dengan kapten The Reds, Jordan Henderson bakal menjulang piala berkenaan di atas pentas yang dibina khas di Anfield.

 

HENDERSON (tengah) bakal menjadi indvidu yang akan menjulang trofi kejuaraan EPL sebagai kapten Liverpool di Anfield awal pagi esok. – AFP

 

Henderson memberitahu, dia yang dipertanggungjawabkan untuk menjulang trofi kejuaraan itu nanti menyifatkan ia sebagai peluang untuk membalas sokongan padu penyokong Liverpool selama ini.

“Kami menjulang kejuaraan ini untuk anda (penyokong). Anda semua menjadi faktor mendorong kami untuk mencapai impian ini.

“Bagaimanapun, kelab ini mengutamakan nilai-nilai tentang saling menjaga antara satu sama lain, dalam erti kata lain sokonglah kami dari rumah dan dalam persekitaran yang selamat,” kata Henderson. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI