fbpx

Suami gagal cegah isteri hamil kerana kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUCING jantan berwarna jingga ini gemar bermain barangan yang disimpan di dalam laci kabinet. – REDDIT

LONDON –  Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui isterinya kini hamil dan menyalahkan kucing peliharaan
mereka sebagai punca perkara tersebut berlaku , lapor laman berita The Sun.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, kucing jantan tersebut membocorkan pek kondom yang
disimpan di dalam laci kabinet bilik air di kediaman mereka. Dia berkongsi kisah
itu di laman web Reddit.

“Kami pada awalnya merasakan getah (kondom) sudah memadai untuk cegah kehamilan. Namun, semuanya
berubah disebabkan kucing ini. Ia gemar menyelongkar dan bermain dengan barangan di dalam almari dan kabinet kami,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, kucing tersebut adalah ‘dalang’ dalam kehamilan isterinya. Dia menemui penyedut minuman
dengan kesan kunyah, kapas berterabur dan cebisan pek pembalut kondom di dalam laci kabinet.

“Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa dan hanya membersihkan semua sisa yang ditinggalkan serta menyusun
balik barangan ke tempat asal,” katanya.

Selepas tiga minggu, isterinya mula menunjukkan tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah. Wanita tersebut melakukan pemeriksaan
sendiri menggunakan kit ujian kehamilan dan mendapati keputusan positif.

Pasangan itu buntu memikirkan bagaimana kehamilan tersebut berlaku tetapi teringat kepada kucing peliharaan mereka yang gemar
menyelongkar laci simpanan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN