fbpx
Saipolyazan menunjukkan sistem e-Dialisis LZS yang bertujuan memudahkan rawatan dialisis buah pinggang golongan asnaf di Shah Alam, Selangor hari ini.

Sistem e-Dialisis pemudahkan rawatan dialisis 2,498 asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperkenalkan sistem e-Dialisis LZS bagi memudahkan rawatan dialisis buah pinggang kepada 2,498 asnaf.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, menerusi sistem tersebut proses pembayaran dapat diselesaikan dengan segera kepada pusat perubatan dalam tempoh kurang 14 hari bekerja.

“Sistem ini adalah kali pertama dalam institusi zakat di negara ini dalam menggantikan kaedah manual yang dipraktikan sebelum ini.

“Ada pusat perubatan yang memaklumkan kepada saya mereka sudah mendapat bayaran dalam tempoh 10 hari selepas buat tuntutan kepada LZS,” katanya pada majlis pelancaran sistem e-Dialisis di hotel Acapella di sini hari ini.

Saipolyazan berkata, pesakit asnaf turut dapat menyemak terus status terkini akaun bantuan rawatan dialisis yang diterima secara semasa sebenar atau ‘real time’. – K! ONLINE

POPULAR