fbpx

Sindiket seludup rokok, arak Batu Pahat tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada rokok dan arak seludup yang dirampas di dua buah kediaman di bandar Batu Pahat, Johor malam tadi.

Oleh NUR ALINA HASSAN

BATU PAHAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan arak yang dipercayai aktif di sekitar daerah ini selepas melakukan serbuan ke atas dua buah kediaman di bandar Batu Pahat malam tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan pukul 8.30 malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun terlebih dahulu ditahan sebelum menemui ratusan karton rokok disimpan di rumah tersebut.

“Melalui serbuan pertama, suspek yang dipercayai konco dalam sindiket itu ditahan bersama 675 karton rokok seludup pelbagai jenama. Siasatan seterusnya membawa kepada penemuan rumah kedua yang menyimpan 188 botol dipercayai arak seludup.

“Nilai anggaran keseluruhan rampasan RM175,000,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dimin berkata, suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan mengedar rokok dan arak seludup kepada kedai-kedai runcit tidak berlesen di sekitar Batu Pahat.

Menurut beliau, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI