fbpx

#MyMudah kurangkan kos perniagaan, kerenah birokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAPA

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewujudkan inisiatif ‘MalaysiaMudah’ (#MyMudah) bagi membantu syarikat dan perniagaan daripada dibebani peraturan tidak perlu dan kerenah birokrasi serta mengurangkan kos perniagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) serta Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melakukan intervensi dan menyelesaikan isu tersebut.

“Pemilik syarikat dan perniagaan boleh mengemukakan beban peraturan dan birokrasi yang mereka hadapi melalui Portal Konsultasi Awam Atas Talian selain pelbagai sesi libat urus yang dilaksanakan oleh EAC dan MPC.

“Beban yang dibangkitkan akan dianalisa oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), seterusnya dibawa ke Mesyuarat EAC untuk dinilai sebelum keputusan dibuat,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini sebentar tadi.

Menurut Mustapa, Kementerian dan Kerajaan Negeri turut diminta menetapkan sasaran yang jelas dalam usaha mengurangkan kos pematuhan peraturan (termasuk jumlah prosedur dan jangka masa pemprosesan) yang dikenakan kepada syarikat dan perniagaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN