fbpx

Istana kaca terbesar dunia rosak ditolak kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTANA kaca ini mengambil masa 500 jam untuk disiapkan. – ZINGNEWS/ODC

SHANGHAI, CHINA – Sebuah kastil kaca terbesar di dunia yang dipamerkan di Muzium Kaca Shanghai di sini dilaporkan rosak selepas sebahagian struktur
binaannya runtuh akibat ditolak oleh dua kanak-kanak.

Laman berita Zingnews yang memetik laporan portal Vice menyatakan, istana kota itu direka berasaskan kastil dalam filem terbitan Studio Disney, Cinderella. Struktur iu dibina oleh artis
seni kaca terkemuka, Miguel Arribas.

Istana seberat 60 kilogram itu dibina menggunakan 500,000 gegelung kaca dengan bahagian atas menara bersalut emas 24
karat. Arribas mengambil masa selama 500 jam untuk menyiapkan karya seni tersebut.

Kastil itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$65,000 (RM277,060) dan dipamerkan di Shanghai sejak tahun 2016.

Kerosakan berlaku selepas  dua kanak-kanak itu memanjat pagar halangan dan menolak serta mengetuk objek, menyebabkan sebahagian struktur
istana itu runtuh.

Pihak muzium sudah menghubungi beberapa pekerja mahir dari Amerika Syarikat membaik pulih istana tersebut.

 

 

GAMBAR keadaan asal istana kaca tersebut sebelum rosak (kiri) akibat kenakalan dua kanak-kanak di Shanghai,
baru-baru ini. – ZINGNEWS/SHANGHAIIST

 

Bagaimanapun, penularan wabak Covid-19 dan sekatan perjalanan yang dilaksanakan di kebanyakan negara menyebabkan
rancangan baik pulih istana kaca
itu tergendala.

“Kami hanya boleh mempamerkan versi istana yang kurang sempurna. Kami memohon maaf jika ia menjejaskan pengalaman anda ketika lawatan,” demikian menurut pihak
muzium.

Pengurusan muzium berkenaan tidak mendedahkan identiti  kedua-dua kanak-kanak tersebut tetapi menyatakan, ibu bapa mereka sudah mengemukakan
permohonan maaf dan sanggup bertanggungjawab untuk kerja  baik pulih.

“Pelawat kecil ini tahu perbuatan mereka salah. Dengan galakan daripada ibu bapa, kedua-duanya tampil melaporkan insiden itu
kepada staf kami,” tambah kenyataan sama.

Insiden itu turut mengundang kemarahan netizen sehingga sebahagian mereka mendakwa bahawa ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu cuai dan
mereka perlu menanggung kos baik pulih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN