fbpx

Dua bayi meninggal dunia ketika dijaga pengasuh, bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Dua bayi lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan bapa dan pengasuh dalam kejadian berasingan di Gelang Patah di sini semalam.

Bayi itu masing-masing yang berusia 10 dan 3 bulan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 petang dan pukul 5.50 petang ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gelang Patah di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pertama, pengadu iaitu pengasuh menyedari mangsa dalam keadaan lemah dan sesak nafas.

“Pengasuh dan suaminya membawa bayi berkenaan ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dihantar bapanya bersama seorang lagi abangnya berusia dua tahun ke rumah pengasuh untuk dijaga dan didapati bayi tersebut dalam keadaan kurang sihat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

DZULKHAIRI

Dzhulkhairi berkata, dalam kejadian kedua pula, bayi berusia tiga bulan disedari ibu dan neneknya yang baru pulang daripada berniaga kedai makan di Taman Nusa Perintis di sini dalam keadaan lemah.

Jelasnya, siasatan awal mendapati, mangsa dijaga oleh bapanya bersama dua lagi kanak-kanak lelaki berusia empat dan enam tahun di kediaman keluarganya.

Menurut Dzulkairi, polis menahan bapa bayi itu yang berusia 31 tahun itu bagi membantu siasatan lanjut dan ujian saringan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan lanjut ke atas badan kedua-dua bayi berkenaan tidak menunjukkan sebarang kecederaan dan bedah siasat akan dilakukan pada pagi ini untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka.

“Kita akan siasat dua kes ini dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI