fbpx

Jalan ditutup akibat mendapan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA LUMPUR - Keadaan jalan sekitar Residensi 16, Jalan Taman U Thant yang ditutup akibat mendapan tanah sejak petang semalam.
Keadaan jalan sekitar Residensi 16, Jalan Taman U Thant yang ditutup akibat mendapan tanah sejak petang semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa menutup berdekatan Pangsapuri Residensi 16, Jalan Taman U Thant, Taman U Thant di sini sejak semalam ekoran mendapan tanah dan runtuhan tembok.

Kosmo! difahamkan mendapan tanah kira-kira satu meter itu terletak hanya 15 meter dari pangsapuri itu.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 3.35 petang.

“Siasatan dan pemantauan mendapati pokok dan tiang kabel telekom yang terdapat di lokasi hampir tumbang.

“Terdapat juga aliran air di kawasan mendapan dan skuad penyelamat telah bertindak menutup jalan berikutan khuatir akan membahayakan keselamatan orang awam,”katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, agensi sahabat seperti Air Selangor telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut bagi tindakan lanjut.

“Orang awam dinasihati untuk tidak melewati kawasan berkenaan dan mematuhi penanda yang telah letakkan,”nasihatnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI