fbpx

Covid-19: 21 kes baharu, 1 kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Rumah Warga Emas Kluang di Johor disenarai sebagai kluster baharu Covid-19 hari ini apabila 12 kes dikesan membabitkan penghuni pusat berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, sebanyak 21 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan 15 kes penularan tempatan dan 6 kes import menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,800 kes.

“Daripada 15 kes tempatan, 13 adalah warganegara manakala dua bukan warganegara

“Enam kes import melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI