fbpx

Penyamun, peragut dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agus (tengah) menunjukkan barang yang dirampas dari suspek.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SABAK BERNAM – Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes samun dan ragut dengan penangkapan seorang lelaki di sebuah motel di Sekinchan, baru-baru ini,.

Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan pukul 4 pagi pada 14 Julai lalu bersama pelbagai barangan dipercayai hasil aktiviti jenayahnya.

Katanya, ini termasuk telefon bimbit pelbagai model, jam tangan, beg tangan dan dokumen peribadi milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek telah bergiat aktif secara sendirian sejak sebulan lalu di sekitar Sungai Besar dan Sekinchan termasuk menyebabkan seorang wanita patah tangan ketika menyamun.

“Ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah selain mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk dadah,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/394 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI