fbpx

Benzema mula rindu pulang ke Lyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (kiri) meraikan kejayaan menjulang gelaran La Liga bersama Real selepas mereka menundukkan Villareal 2-1 awal pagi tadi. - AFP

MADRID – Penggempur utama Real Madrid, Karim Benzema mengakui sangat teruja untuk kembali ke kelab lamanya, Olympique Lyon jika kariernya bersama gergasi Sepanyol itu berakhir.

Bekas ejen pemain berkenaan, Karim Djaziri mendedahkan, para peminat Lyon hanya perlu menunggu sedikit masa lagi untuk menyaksikan Benzema yang dianggap pemain terbaik pernah dilahirkan pasukan itu kembali ke Stadium Groupama.

Bagaimanapun, Benzema melalui tempoh yang cukup cemerlang musim ini di Santiago Bernabeu dengan memainkan peranan penting untuk membawa pasukan itu menjuarai La Liga musim ini selepas mereka kehilangan Cristiano Ronaldo.

Mengumpul 19 gol dalam 35 aksi liga, Benzema layak untuk diberikan kontrak lanjutan ketika kontrak semasanya berakhir pada 2022 atau dia akan kembali ke Lyon untuk mengakhiri kariernya sebagai bintang bola sepak.

“Situasi yang berlaku ketika ini adalah Benzema menikmati musim terbaik seperti yang diidamkan oleh semua pemain bola sepak. Beraksi di Madrid, mempunyai hubungan yang baik dengan jurulatih dan menikmati populariti dalam kalangan peminat menjadikannya sempurna.

“Bagaimanapun, sejak dia meninggalkan Lyon, satu-satunya impian yang mahu dilunaskan adalah untuk kembali menyertai pasukan itu. Kekecewaan yang paling besar buat Benzema adalah Lyon mara ke pentas Liga Juara-Juara selepas dia meninggalkan pasukan itu,” katanya. – AGENSI

BENZEMA hanya memilih untuk kembali ke kelab lamanya, Lyon jika kariernya di Santiago Bernabeu berakhir. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN