fbpx
Kereta Proton Saga yang remuk teruk setelah merempuh sebuah lori membawa muatan simen di Jalan Ajil - Bukit Besi berhampiran Kampung Kolam, Hulu Terengganu hari ini.

Warga emas maut, kereta Proton Saga rempuh lori simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Seorang warga emas maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan simen di Kilometer 33, Jalan Ajil – Bukit Besi berhampiran Kampung Kolam di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, Abdullah Daud, 67, yang berasal dari Pulau Kerengga, Marang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Abdullah yang bekerja sendiri dalam perjalanan ke Bukit Besi, Dungun dari Ajil di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Saga yang di pandu sendirian oleh mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh bahagian hadapan lori membawa muatan simen yang berada di laluan bertentangan.

“Rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa remuk teruk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, mayat Abdullah telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk di bedah di siasat.

Menurut beliau, kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

POPULAR