fbpx

Lelaki mengamuk gara-gara tidak dapat RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak mendapat wang RM50, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan meja, kerusi dan peralatan berniaga milik seorang penyewa premis kedai ibunya di Padang Midin di sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, suspek yang berusia 39 tahun turut dipercayai bertindak agresif dengan mengugut untuk mencederakan mangsa dengan sebilah pisau.

Sumber berkata, mangsa yang berusia 38 tahun bernasib baik apabila lelaki terbabit dikatakan hanya beredar begitu sahaja sambil menendang jerigi besi pintu premis kedai terbabit.

“Sebelum itu, suspek telah datang ke kedai mangsa untuk meminta wang tunai RM50 dengan alasan mahu membaiki keretanya.

“Bagaimanapun, dia tiba-tiba mengamuk kerana berang permintaannya untuk mendapatkan duit tersebut tidak diendahkan oleh mangsa yang merupakan penyewa premis kedai ibunya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati, ia bukan pertama kali suspek memeras ugut untuk meminta duit daripada mangsa.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah membuat laporan di balai polis berhampiran tidak lama selepas kejadian yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit pada keesokan harinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abd. Rahim Md. Din mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI