fbpx

Varian Afrika Selatan dikesan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Penduduk di negeri Perak diingatkan agar berwaspada dan terus mematuhi amalan norma baharu yang ditetapkan berikutan penemuan virus Covid-19 varian Afrika Selatan (B.1.351) yang dilaporkan di negeri itu kerana ia sangat mudah berjangkit.

Varian itu dikesan di negeri ini selepas sampel terpilih daripada kes-kes positif dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk penjenisan gen lengkap beberapa minggu lepas.

Jabatan Kesihatan negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, virus itu sangat mudah menjangkiti individu dan orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dengan betul serta menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, orang ramai perlu mengelakkan berada di kawasan sesak atau sempit, amalkan kerap mencuci tangan dan elakkan bersentuhan.

“Adalah dinasihatkan juga kepada semua untuk tidak menghadiri atau mengadakan sebarang majlis sosial bagi mengelakkan jangkitan berlaku.

“Selain itu, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan serta terus memperkasakan amalan norma baharu seperti,” ujar kenyataan itu.

Sebanyak 137 kes baharu dilaporkan di Perak semalam melibatkan 120 jangkitan tempatan manakala 17 lagi kes jangkitan dari luar Perak.

Sehingga semalam, daerah Kinta mencatatkan kes tertinggi di Perak sebanyak 254 kes termasuk 53 kes baharu dengan dua kes adalah saringan kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Meru Raya (12 kes) dan Kluster Persiaran Greentown Tujuh (dua).

Daerah Larut Matang Selama pula merekodkan 177 kes dengan 20 kes baharu melibatkan saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Sepat, Kluster Jalan Pokok Assam, Kluster Jalan Kolam Dua manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI