fbpx
Nor Shahril Zainal (kanan), Mohd. Fadhil (tengah) dan Ruzaidy menunjukkan jari mereka yang dicelup dakwat biru setelah selesai mengundi ketika ditemui di tapak program RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

Tiga sahabat sempat mengundi sebelum ‘pecut’ ke RXZ Members 8.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Tiga sahabat dari Nilai, Negeri Sembilan sanggup menempuh perjalanan hampir 500 kilometer sebaik
selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam
semata-mata untuk menyertai Himpunan RXZ Members 8.0 di sini.

Nor Shahril Zainal Abidin, 46, berkata, dia bersama dua rakannya, Ruzaidy Zainal, 49, dan Mohd. Fadhil Idris, 46, terlebih dahulu hadir ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai seawal 7.45 pagi sebelum selesai mengundi kira-kira setengah jam kemudian.

Menurutnya, mereka kemudian bertolak dari Nilai pada kira-kira 9.40 pagi dengan menunggang motosikal Yamaha RXZ menuju ke Litar Permotoran Terengganu di sini bagi mengejar kemeriahan himpunan berkenaan.

“Mengundi adalah tanggungjawab sebagai rakyat sebab itu kami selesai mengundi dahulu sebelum terus ‘pulun’ datang ke Terengganu. Memang buntu juga nak pilih (mengundi atau RXZ Members 8.0) tetapi kami sudah merancang perjalanan bagi memastikan tidak terlepas kedua-duanya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ruzaidy berkata, perjalanan mereka dari Negeri Sembilan ke Terengganu juga bukan mudah apabila mereka terpaksa meredah hujan sepanjang perjalanan terutama di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN