fbpx
Aminuddin dan Anthony

Aminuddin, Anthony Loke tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun tewas dalam saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli mendahului dengan 9,050 undi berbanding Aminuddin yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan 6,842 undi.

Keputusan itu adalah berdasarkan kiraan undi tidak rasmi yang menunjukkan BN berada di hadapan dalam saingan merebut kerusi DUN Linggi.

Manakala, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.

Calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon (John) mendahului dengan 5,505 undi berbanding Anthony yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan 5,036 undi, sekali gus mendahului dengan majoriti 469 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN