JAKARTA – Situasi sebuah pasar raya di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat menjadi huru-hara, dengan sejumlah peniaga mengalami kerugian selepas sebuah helikopter milik polis terbang terlalu rendah semasa cuba mendarat, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Pasar Barukai, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan tiupan angin kencang daripada kipas helikopter tersebut menyebabkan kepingan zink dan kayu berterbangan di udara.
Angin kuat turut mencetuskan ‘puting beliung debu’ seperti yang dipaparkan dalam filem Hollywood.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, namun kebanyakan peniaga mengalami kerugian selepas gerai atau kedai mereka rosak.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa menyatakan baahwa mereka akan bertanggungjawab atas kerosakan yang dialami oleh semua peniaga. – AGENSI














