fbpx
Keadaan mangsa yang terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih lima meter di sebuah rumah di Kampung Batal, Chicha Tinggi dekat Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Guru cedera jatuh perigi sedalam lebih lima meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang guru cedera selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih lima meter ketika sedang mengambil air di sebuah rumah di Kampung Batal, Chicha Tinggi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, wanita yang berusia 56 tahun mengalami cedera ringan pada bahagian belakang badan selepas terkena dinding perigi tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Asraf Mat Naizi berkata, kejadian itu disedari oleh adik mangsa selepas terdengar suara wanita itu yang memanggilnya dari dalam perigi di ruang dapur rumah.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.50 pagi sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan bersandar pada dinding telaga ketika tiba di lokasi kejadian.

“Kedua-dua kaki mangsa melintang ke arah dinding perigi untuk bertahan daripada tenggelam ke dalam air yang dianggar sedalam lebih dua meter.

“Ahli keluarga memaklumkan perigi tersebut ditutup dengan jaring dan mungkin mangsa terjatuh ketika sedang mengambil air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Asraf memberitahu, mangsa berada dalam keadaan sihat dan masih mengajar di sebuah sekolah di Pasir Mas.

Katanya, anggota bomba menggunakan tali untuk mengeluarkan mangsa dari perigi itu sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini bagi rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN