fbpx
Mariia Kurchenko juara Ironman 70.3 Desaru Coast. Foto oleh RAJA JAAFAR

Atlet Kyrgyzstan, juara Ironman 70.3 Desaru Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Atlet lelaki dan perempuan dari Kyrgyzstan berjaya ungguli IRONMAN 70.3 Desaru Coast kali ini apabila kedua-duanya dinobatkan sebagai juara keseluruhan hari ini.

Evgeny Thikonin dan Mariia Kurchenko berjaya menewaskan 1,032 atlet dari 42 negara yang menyertai kejohanan kali kelima itu.

​Bagi Evgeny kejayaan manis di Desaru Coast itu sekali gus melengkapkan koleksi kejuaraan ketiganya dalam siri kejohanan IRONMAN selepas pernah muncul juara di Oman dan Afrika Selatan sebelum ini.

Berkongsi rahsia kemenangannya, dia mengakui kekal tenang dan hanya mengekalkan kayuhan pada kadar 90 peratus demi menyimpan tenaga bagi disiplin larian.

​”Saya kawal kelajuan kerana sedikit bimbang dengan keadaan cuaca. Jika terlalu tekan pada disiplin basikal, ia akan jadi sangat perit apabila bermula acara larian.

​”Sebab itu saya perlahankan sedikit kayuhan pada pusingan kedua basikal supaya rasa lebih segar dan disiplin larian berjalan dengan baik,” katanya yang juga jurulatih pasukan berbasikal amatur di negaranya.

Sementara itu, Mariia berkata, penyertaannya di Malaysia adalah atas dorongan jurulatihnya yang turut menyambut ulang tahun kelahiran hari ini.

Dalam pada itu, halangan ombak kuat serta kekejangan otot pada kilometer terakhir tidak menghalang atlet negara, Teh Kuok Yuen, 39, dinobatkan sebagai lelaki terpantas Malaysia dalam kejohanan Ironman hari ini.

Sementara, peserta Malaysia Shio Yuan Chia, 35, kekal mendominasi apabila berjaya mempertahankan gelaran sebagai atlet wanita terpantas negara dalam kejohanan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN