fbpx
Keadaan lori sampah yang terlibat kemalangan di Kilometer 419.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, petang tadi. IHSAN JBPM

Pemandu maut, tiga cedera lori sampah terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah lori sampah yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 419.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 4.32 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori sampah jenis Isuzu yang terbabas dan terbalik.

“Terdapat empat mangsa terlibat dengan tiga daripadanya mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, operasi menyelamat dikawal sepenuhnya pada pukul 5 petang sebelum ditamatkan 30 minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN