JAKARTA – Sekumpulan penumpang sebuah bot berdepan cetik cemas apabila seekor buaya besar tiba-tiba muncul di permukaan Sungai Berau, wilayah Kalimantan Timur, lapor agensi berita Radar Kaltim.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, reptilia pemangsa itu dilihat berenang di permukaan air tidak jauh dari laluan bot.
Kemunculan lembaga hitam bersaiz besar itu mengejutkan para penumpang sebelum mereka merakamkan detik mendebarkan berkenaan.
Setakat ini, lokasi spesifik kejadian serta anggaran saiz sebenar buaya tersebut masih belum dapat disahkan.
Bagaimanapun, kejadian ini memberi peringatan kepada masyarakat, khususnya pengguna pengangkutan sungai dan nelayan, agar sentiasa berwaspada apabila menjalankan aktiviti di perairan Sungai Berau. – AGENSI














