fbpx
Mayat seorang lelaki warga emas yang dijumpai di kawasan sawah padi di Kampung Bendang Luas, Chabang Empat dekat Tumpat tengah malam tadi.

Mayat warga emas dijumpai di kawasan sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di kawasan sawah padi di Kampung Bendang Luas, Chabang Empat di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, mangsa yang berusia 88 tahun itu dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 12.49 tengah malam.

Menurutnya, anggota polis yang menerima maklumat berhubung penemuan itu bergegas ke kawasan sawah padi itu untuk menjalankan siasatan.

“Pemeriksaan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada mangsa. Mayat warga emas itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tumpat di sini.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan penyakit arteri koronari,” katanya.

Mohd. Khairi memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung penemuan mayat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN