JAKARTA – Pengguna jalan raya di Bandung, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemui seekor burung unta berkeliaran di jalan yang sibuk, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di kejiranan Margasari, daerah Buahbatu, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @detikcom menunjukkan haiwan itu berdiri di tengah jalan sehingga mencetuskan kesesakan lalu lintas.
Selain berlari tanpa arah tujuan, burung unta itu cuba menyerang penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.
Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Jawa Barat (BBKSDA) mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kemunculan burung unta itu dan segera bertindak balas.
BBKSDA sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti asal usul haiwan berkenaan. – AGENSI














