fbpx
Gambar hiasan.

‘Kalau dompet dah bergema beberapa hari sebelum gaji…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kalau dompet dah mula bergema, peti ais tinggal sos dan kicap, ingat… ini juga masa terbaik untuk bezakan antara keperluan dan kehendak.”

Itu pesanan Public Health Malaysia (PHM) kepada orang ramai yang sedang ‘berjuang’ menanti hari gaji, beberapa hari lagi.

PHM mengingatkan supaya tidak berbelanja mengikut nafsu dengan mengutamakan keperluan bagi memastikan kelangsungan hidup sementara menantikan gaji yang seterusnya.

“Bertabahlah… tinggal beberapa hari lagi sebelum gaji masuk,” tulis PHM di media sosial.

Hantaran tersebut meraih perhatian orang ramai yang rata-rata sedang berada dalam ‘fasa’ tersebut.

“Alhamdulillah… masa ni la hobi selit-selit akan menjadi penyelamat di saat-saat akhir,” komen @Aliza Mohamad. 

“Bulan-bulan mendatang pastikan juga ada telur sehingga hari-hari akhir,” cadang @Nuriah Umar.

“Teman masuk gaji hari ni, tapi dompet tetap tak berisi. Hanya bunyi mesej grab masuk pangkah dphm, uit teman, hasil ijtihad isteri di rumah,” kongsi @Abu Ihsan Elbariti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN