fbpx
ZII JIA menolak pelawaan memnyertai skuad negara ke Sukan Asia selepas merasakan prestasinya belum berada di tahap terbaik.

Pilihan Zii Jia sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIADAAN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam senarai skuad badminton kebangsaan yang akan menggalas cabaran pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 September depan adalah atas pilihannya sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei mendedahkan, pihaknya sudah menjemput Zii Jia untuk menyertai pasukan negara, namun bekas juara Asia itu memilih untuk menarik diri.

Kata Chong Wei, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mengambil keputusan sedemikian kerana merasakan prestasi yang ditampilkan ketika ini masih belum berada pada tahap terbaik.

“Kita ada menjemput Zii Jia, tetapi dia memaklumkan bahawa keadaannya tidak bagus ketika ini. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai pasukan ke Sukan Asia.

“Jadi, kita buat keputusan untuk memilih pemain muda ke sana nanti. Kita tidak boleh memaksa dan perlu terus bergerak ke hadapan, seterusnya beri peluang kepada pemain muda beraksi,” katanya.

Tambah bekas perseorangan No.1 dunia itu, Zii Jia memaklumkan keputusan untuk menarik diri menerusi e-mel kepada BAM selepas aksi Terbuka Amerika Syarikat selain sudah berbincang dengan pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen.

“Saya juga terkejut dengan e-mel diterima, tetapi kita terima keputusan yang dibuat. Bukan kita tidak jemput kerana selepas Piala Thomas, kami sudah bercakap mengenai Sukan Asia, acara berpasukan dan kem latihan,” ujar Chong Wei.

Sebagai rekod, Zii Jia dilihat masih bergelut dengan prestasi selepas mencatat keputusan yang mengecewakan dalam beberapa kejohanan musim ini, termasuk tersingkir seawal pusingan pertama pada Terbuka Australia dan Terbuka Macau.

Sementara itu, Chong Wei turut menjelaskan, ketiadaan pemain beregu lelaki, Soh Wooi Yik dalam senarai akhir ke Sukan Asia adalah berdasarkan penilaian yang dibuat barisan kejurulatihan kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN