JAKARTA – Seorang penghantar makanan (rider) di Indonesia berkongsi kisah mengejutkan di mana dia diminta untuk menghantar makanan kepada seekor anjing.
Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @indozone.id menunjukkan rider berkenaan membuka sebuah bungkusan mengandungi nasi dan ayam goreng sebelum berjalan ke sebuah rumah.
Dia kemudian meletakkan makanan tersebut ke lantai dan memanggil seekor anjing untuk memakannya.
Menurutnya, pemilik anjing itu tiada di rumah dan membuat pesanan untuk memberi makan kepada haiwan tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 745,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Pemilik yang bertanggungjawab,” kata seorang netizen.














