fbpx
Fadillah menerima momento replika pesawat AirBorneo daripada Abang Johari pada Majlis Pelancaran Rasmi Penerbangan Sulung AirBorneo Kuala Lumpur- Kuching di KLIA Terminal 1, Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

AirBorneo sasar perluas laluan ASEAN, fokus sektor pelancongan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- AirBorneo Airways (Airborneo) menyasarkan memperkukuh hubungan Sarawak dengan rantau ASEAN menerusi penerokaan laluan penerbangan baharu di rantau itu dalam tempoh dua tahun.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam konteks ini, Airborneo akan memulakan penerbangan sulung ke Singapura pada 22 Julai, sebelum terbang ke Jakarta dalam masa terdekat.

Katanya, dalam tempoh enam bulan pertama, AirBorneo juga akan memberi tumpuan bagi menyediakan perkhidmatan mampu milik kepada penumpang khususnya tambang berpatutan.

“Tambang penerbangan kami ke Kuala Lumpur ditetapkan pada RM375 dan kadar itu kekal sepanjang tahun tanpa sebarang perubahan.

“Tambang ke Singapura pula ditetapkan pada RM399. Ini akan memudahkan perjalanan antara Singapura dan Kuching.

“Malah, jika ditukar kepada dolar Singapura, tambangnya hanya sekitar SGD100. Jadi, mereka hanya perlu membayar SGD100 untuk tiba di Kuching dan menikmati laksa Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Penerbangan Sulung AirBorneo Laluan Kuala Lumpur-Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, beliau tiba menerusi penerbangan sulung Airborneo MY5005 ke KLIA dari Kuching menggunakan pesawat jenis Boeing 737 kira-kira pukul 3 petang tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, dalam tempoh sama, Airborneo juga giat mengambil alih pesawat MASwings termasuk jenis ATR sebelum memperluaskan rangkaian penerbangan syarikat itu.

“Dengan kata lain, faktor pelancongan akan terus dipertingkatkan selain akan memperluaskan kemudahan pelancongan kesihatan dengan pembukaan dua hospital baharu di Kuching.

“Selain itu, Sarawak juga mempunyai beberapa tapak yang diiktiraf UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Kompleks Gua Niah serta diiktiraf sebagai Bandar Gastronomi,” katanya.

Pada masa sama, kata beliau, Airborneo akan memperkukuh perkhidmatan udara luar bandar selain akan mengendalikan laluan baharu mengikut permintaan komersial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN