fbpx
Operasi SAR yang dilakukan bagi mencari lelaki terjatuh di Jambatan Sultan Nazrin Shah, Bagan Datuk semalam. - Foto IHSAN JBPM

Mangsa jatuh Jambatan Sultan Nazrin Shah ditemui 7km dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Mayat lelaki yang terjatuh dari Jambatan Sultan Nazrin Shah, di sini semalam ditemui terapung pada pukul 11.59 pagi tadi, kira-kira 7 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mayat mangsa, Mohd. Nor Ferdaus Mohd. Mokhtar, 42, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang meneruskan operasi mereka pagi tadi.

“Mangsa ditemui terapung oleh pasukan SAR dan dibawa naik untuk pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan bagi status kematian,” katanya di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menimpa mangsa pada pukul 11.36 pagi.

Pada hari sama, pihak bomba turut menerima maklumat daripada pihak polis pada pukul 7.15 malam bahawa seorang wanita dan kanak-kanak terjatuh dari jambatan sama.

Mangsa wanita, Lim Li Yin, 38, telah ditemui namun disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Datuk sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Kanak-kanak tersebut, Wong Long Hee, 2, pula masih lagi hilang dan operasi mencarinya diteruskan anggota bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN