fbpx
SIKAP Saif yang dikatakan tidak sensitif dengan penderitaan rakyat Palestin mengecewakan banyak peminat.

Persenda slogan ‘Free Palestine’, Saif Ali Khan dikecam teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON terkenal Bollywood, Saif Ali Khan, menerima kecaman hebat dalam media sosial selepas satu klip temu bualnya bersama pengkritik filem terkenal, Anupama Chopra, tular kerana didakwa mempersendakan slogan ‘Free Palestine’.

Insiden itu berlaku ketika Anupama berkongsi dia sering menggunakan salah satu petikan dialog pelakon Sepanyol, Javier Bardem dalam sesi temu bual bersama selebriti.

Namun, sebelum Anupama sempat menyebut petikan tersebut, Saif secara berseloroh mencelah dengan bertanya, adakah ‘Free Palestine’?
Anupama kemudian ketawa selepas mendengar kata-kata Saif, sebelum menjelaskan bahawa petikan yang dimaksudkannya bukanlah slogan tersebut.

Klip pendek itu kemudian viral dalam pelbagai platform media sosial dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Ramai pengguna media sosial menyifatkan tindakan Saif dan Anupama sebagai tidak sensitif kerana slogan ‘Free Palestine’ sering dikaitkan dengan solidariti terhadap rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Sebahagian netizen berpendapat slogan itu membawa mesej kemanusiaan dan perjuangan hak asasi, justeru tidak wajar dijadikan bahan gurauan, lebih-lebih lagi ketika krisis kemanusiaan masih berlarutan.

Ada juga yang membuat perbandingan antara pelakon Bollywood dengan pelakon Hollywood yang lebih cakna tentang slogan ‘Free Palestine’.

“Sekurang-kurangnya selebriti Hollywood mempunyai keberanian untuk bercakap tentang ‘Free Palestine’,” komen netizen.

Apa yang membuatkan netizen lebih kesal adalah Saif sendiri merupakan penganut agama Islam.

Menurut netizen, suami kepada Kareena Kapoor itu seharusnya lebih sensitif dan bersimpati dengan nasib malang yang menimpa rakyat Palestin, bukannya mempersendakan slogan tersebut.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak menganggap insiden itu sekadar gurauan spontan tanpa niat menghina mana-mana pihak.

Setakat ini, Saif Ali Khan mahupun Anupama Chopra masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan kontroversi tersebut.

Javier baru-baru ini menjadi bualan ramai netizen seluruh dunia selepas dilihat mengibarkan bendera Palestin ketika menonton perlawanan Piala Dunia FIFA di Amerika Syarikat.

Dia terkenal sebagai pelakon yang lantang membela nasib rakyat Palestin dan mengecam tindakan Israel membunuh ribuan nyawa tidak berdosa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN