fbpx
Kejayaan UOB Malaysia menerima anugerah pada Anugerah Finance Asia menonjolkan kewibawaan perkhidmatan yang disokong oleh kakitangannya.

UOB Malaysia diiktiraf Bank Terbaik, Bank Mampan Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – UOB Malaysia dinamakan sebagai Bank Terbaik dan Bank Mampan Terbaik di Malaysia bagi kategori Antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia Tahunan Ke-30 2026 – Asia Tenggara.

Kemenangan itu merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen bank dalam memacu sumbangan yang bermakna kepada pembangunan ekonomi Malaysia, peralihan kemampanan dan integrasi serantau.

Anugerah FinanceAsia memberi pengiktirafan kepada institusi kewangan terkemuka yang telah menunjukkan kecemerlangan, inovasi dan pelaksanaan kukuh dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan serta menyokong pembangunan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, pengiktirafan ini me­nunjukkan kepercayaan pe­langgan dan rakan kongsi terhadap bank serta juga dedikasi warga kerja dalam menyampaikan nilai kepada perniagaan dan komuniti di mana kami ­menyediakan perkhidmatan.“

“Melalui kerjasama bermatlamat, pembiayaan mampan dan rangkaian luas kami di ASEAN, kami kekal komited untuk membantu pelanggan merebut peluang pertumbuhan, memajukan aspirasi kemampanan mereka dan mengharungi landskap ekonomi yang semakin dinamik dengan penuh keyakinan,” katanya dalam satu kenyataan.

UOB Malaysia terus memperkukuh ketersambungan ekonomi melalui kerjasama strategik merentasi koridor pertumbuhan utama dan hab perniagaan, sambil menghubungkan peluang pelaburan langsung asing kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN