fbpx
Anggota polis Sri Lanka berkawal di luar penjara Negombo dekat Colombo semalam. – AFP

Keganasan penjara ragut 26 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Rusuhan sebuah penjara di barat Sri Lanka mengorbankan 26 orang, tujuh daripada mereka  adalah pengawal, manakala lebih 100 orang cedera, lapor stesen penyiaran BBC semalam.

Keganasan dua hari di Penjara Negombo, bandar tepi pantai di utara Colombo itu  bermula dengan konfrontasi antara dua kumpulan banduan.

Sekumpulan banduan didakwa merampas senjata api pengawal penjara kelmarin. Dua orang terbunuh pada hari itu, dengan puluhan yang lain cedera. Kemudian, kumpulan banduan lelaki dan wanita dari unit  bersebelahan memanjat ke atas bumbung penjara dan menuntut untuk dibebaskan.

Keganasan baharu tercetus semalam apabila banduan cuba menyerbu pintu penjara. Pasukan keselamatan dikerahkan dan beberapa das tembakan kedengaran dari dalam penjara.

Keganasan itu dilaporkan dicetuskan oleh konfrontasi mengenai seorang banduan yang melaporkan tentang operasi pengedaran dadah di dalam penjara.

Seramai 23 pengawal penjara dan 54 banduan masih menerima rawatan,”  kata seorang pegawai.

Beberapa mangsa cedera dibawa ke Hospital Negombo. Pengarah hospital memberitahu agensi berita AFP bahawa sesetengah mereka mengalami luka terkena tembakan, manakala yang lain mengalami luka dan lebam  teruk.  Sebilangan lagi orang yang cedera dibawa ke Hospital Kebangsaan Colombo.

Polis berkata,  sebahagian bumbung penjara runtuh semasa kejadian  yang mencederakan beberapa wanita,  lapor AFP.

Sementara itu, jurucakap media pesuruhjaya penjara, AC Gajanayake berkata,  langkah-langkah telah diambil untuk memindahkan banduan ke penjara lain.

Menteri Kehakiman dan Penjara, Harshana Nanayakkara mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengemukakan laporan.

Walaupun rusuhan kadangkala berlaku di penjara negara itu yang sesak, insiden kali ini  adalah yang paling buruk  dalam tempoh beberapa tahun. Pada Disember 2020, 11 orang terbunuh di penjara lain  dengan 117 lagi cedera.

Penjara Sri Lanka menahan 41,250 banduan setakat kelmarin, empat kali ganda daripada kapasiti sebenar, demikian menurut AFP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN