fbpx

Sejak solo, Uqasha Senrose makin seksi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA pelakon jelita Uqasha Senrose tiba-tiba meledak dalam Threads selepas penampilannya ketika bersiaran langsung dalam TikTok mengundang pelbagai reaksi.

Hanya mengenakan singlet yang agak londeh, ramai netizen terus melabel aktres itu semakin seksi selepas bergelar ibu tunggal.

Ada yang terkejut, tidak kurang juga yang terus menjatuhkan hukum tanpa sempat menarik nafas.

“Amboi makin seksi ya lepas jadi janda, nak tunjuk dekat siapa? Insaflah Uqasha, dunia ni bukan lama pun,” tulis seorang netizen pedas.

Diva akui, penampilan tersebut memang mencuri perhatian, namun yang lebih mengejutkan adalah betapa lajunya netizen berubah menjadi hakim tetap media sosial.

Betul, setiap orang ada hak menegur, tetapi biarlah beradab. Daripada menghina, lebih baik mendoakan.

Pada masa sama, Diva harap Uqasha lebih peka dengan penampilan kerana sebagai figura awam, setiap gerak-geri pasti menjadi perhatian. Cuma jangan sampai kita terlalu sibuk menjaga kubur orang lain, kubur sendiri terlupa dijenguk.

DIVA: Ramai sangat kecam lagu Nadeera berjudul Cuba Jadi Aku, kononnya ‘copy’ lagu Peluang Kedua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN