fbpx
Anggota bomba sedang mengangkat mayat Ahmad Nasaruddin di Jeti Tok Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

Bot karam: Arwah Nasaruddin maut ketika berpaut pada belakang sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang tekong bot tidak dapat melupakan detik pilu apabila krunya, Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, meninggal dunia ketika berpaut pada belakang badannya.

Mohd. Awais Sa’ari, 40, berkata, ketika kejadian, Ahmad Nasaruddin yang juga sepupunya sudah kehilangan tenaga sebelum mulut lelaki itu berbuih secara tiba-tiba dan meninggal dunia.

“Saya sedih kerana saya yang meminta semua penumpang memegang tubuh arwah (Ahmad Nasaruddin) kuat-kuat sebelum berenang bagi mendapatkan bantuan.

“Akhirnya saya dapat bertemu dengan sebuah bot lain untuk meminta pertolongan setelah lebih sebatu (1.61 kilometer) berenang,” katanya kepada Kosmo!, hari ini.

Menceritakan semula detik cemas itu, Mohd. Awais memberitahu, laut bergelora sejurus dia selesai menunaikan solat maghrib di perairan Kuala Nerus berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dekat sini.

“Tiada ribut, namun saya perasan enjin bot mula dimasuki banyak air. Saya segera minta arwah (Ahmad Nasaruddin) potong tali sauh.

“Bot karam dengan begitu cepat tanpa sempat kami berbuat apa-apa. Arwah segera memastikan semua penumpang yang berasal dari Kuala Lumpur memakai jaket keselamatan dengan betul,” katanya.

Mohd. Awais berkata, arwah Ahmad Nasaruddin bertungkus-lumus memastikan semua pelanggan berpegang antara satu sama lain bagi memastikan mereka terapung di permukaan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN