fbpx
ONN Hafiz ketika hadir Program Santai ONN X ONN Bersama Menteri Besar Johor di Endau hari ini.

Akar umbi ‘restu’ Alwiyah kembali ke pangkuan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​MERSING – Penerimaan akar umbi terhadap calon Barisan Nasional (BN) DUN Endau, Alwiyah Talib membuktikan isu ‘lompat parti’ yang dimainkan pihak lawan langsung tidak menjejaskan kredibiliti beliau sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.

​Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebaliknya calon yang mesra disapa ‘Kak Awi’ itu terus mendapat tempat di hati masyarakat setempat berdasarkan rekod khidmatnya sebelum ini.

“Seperti yang kita boleh lihat hari ini, kita bersyukur dengan konsep Rumah Bangsa yang digagaskan oleh Presiden. Di peringkat akar umbi boleh menerima Kak Awi kembali ke pangkuan BN.

“Kita semua tahu bahawa Kak Awi adalah pemimpin yang baik, walaupun beliau sebelum ini pembangkang sentiasa buat kerja demi rakyat.

“Alhamdulillah kita dapat terima beliau kembali ke pangkuan Barisan Nasional dan demi Bangsa Johor tidak ada masalah untuk kita teruskan perjuangan,” katanya kepada pemberita pada Program Santai ONN X ONN Bersama Menteri Besar Johor di Endau hari ini.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata, jentera di kedua-dua DUN itu juga dilihat berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik dalam memberi sokongan kepada kedua-dua calon BN tersebut.

​”Insya-Allah, kita doa agar momentum ini dapat diteruskan sehingga hari mengundi pada 11 Julai ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN