fbpx
Noorwian (empat kiri) disambut oleh keluarganya ketika tiba di Balai Ketibaan KLIA pada majlis menyambut kepulangan kumpulan kedua dan terakhir jemaah haji Andalusia bagi penerbangan KT079B dari Madinah di KLIA Terminal 1, Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Petugas berpengalaman pelengkap kelancaran jemaah haji Andalusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Sikap profesional serta tenang yang ditampilkan setiap petugas Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) ketika menguruskan jemaah haji disifatkan menjadi pelengkap kepada kelancaran dalam menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini.

Dalam konteks ini, rata-rata jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Andalusia terus menzahirkan rasa berpuas hati dengan layanan diberikan petugas, sekali gus membolehkan urusan di Tanah Suci disempurnakan dengan lancar.

Menurut salah seorang jemaah,Noorwian Abdul Ghani, setiap petugas Andalusia terus menunjukkan komitmen terbaik sepanjang 45 hari berada di Tanah Suci selain memastikan kebajikan jemaah sentiasa terjaga.

“Sepanjang 45 hari di sana, pengisian aktiviti yang dibuat oleh setiap petugas sangat baik. Ada pelbagai cerita sirah yang dikaitkan ketika kami melakukan ziarah, seterusnya membuatkan perjalanan ini sangat bermakna.

“Sebagai contoh, ketika kami melawat Badar, sepanjang dalam bas, petugas terus menceritakan tentang hal itu, jadi kami rasa sangat dekat dan dapat memahami setiap peristiwa berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 118 jemaah haji termasuk petugas Andalusia tiba di KLIA menerusi penerbangan langsung Saudia Airlines dari Madinah, petang tadi.

Ia merupakan kumpulan jemaah haji kedua Andalusia yang tiba di tanah air selepas ketibaan 276 jemaah haji kumpulan pertama pada 6 Jun lalu.

Mengulas lanjut, katanya, keupayaan setiap petugas menguruskan jemaah dilihat sebaagi kekuatan kepada syarikat perkhidmatan haji itu untuk terus kekal menjadi pilihan rakyat.

“Apa saya boleh kata perkara membezakann Andalusia dengan pengelola jemaah haji yang lain ialah petugas mereka, sangat komited dan berilmu. Itu antara kekuatan mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang lagi jemaah, Meor Syazali Mohamed Sapawi, selain mempunyai petugas berpengalaman, kemudahan dekat ditawarkan Andalusia juga menjadikan perkhidmatan syarikat itu sebagai pilihan.

“Apa saya lihat, antara kelebihan Andalusia ialah mereka ada petugas berpengalaman selain menawarkan pelbagai kemudahan termasuk hotel yang dekat.

“Apabila mereka ada hotel yang dekat, jadi ia sangat memudahkan jemaah. Maka, secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan Andalusia tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN