fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pengantin lelaki melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi. - TikTok

Lelaki 40 tahun kahwin gadis 22 tahun, mas kahwin cuma RM23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan seorang lelaki berusia 40 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berumur 22 tahun.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pasangan pengantin baharu yang memakai pakaian berwarna unggu itu sedang duduk di lantai. 

Pengantin lelaki kemudian melafazkan akad nikah di hadapan kadi  sambil disaksikan ahli keluarga serta saudara-mara terdekat mereka. 

Dia turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai 100,000 rupiah (RM23) kepada pengantin perempuan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 470,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Cuma 100,000 rupiah? Jangan terima!” kata seorang netizen. 

“Beli sarapan di restoran Pagi Sore sahaja sudah habis,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN