fbpx
LAMA vakum dari dunia lakonan, Jaa bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Tiket Sehala. – ISKANDAR ISHAK

‘Jadi pencipta kandungan, otak kena perah setiap hari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERGELAR pencipta kandungan media sosial atau content creator bukanlah satu pekerjaan yang pernah ‘singgah’ dalam kotak fikirannya sejak dahulu.

Namun, pandemik Covid-19 mengubah segala-galanya, apabila ramai mula ‘menggila’ dengan media sosial, sekali gus menjana pendapatan daripada platform tersebut.

Mencuba dan akhirnya menjadi pekerjaan tetap, Jaa Suzuran tidak menafikan profesion tersebut tetap mempunyai cabaran tersendiri termasuk perlu merebut apa sahaja peluang yang hadir selagi mendatangkan keuntungan.

Katanya, kerja sebagai pencipta kandungan akan menjadi sukar sekiranya penyakit suka menangguh kerja muncul.

“Kerja jadi susah jika ada satu penyakit yang suka tangguh dan terlalu selesa dengan semua yang dimiliki.

“Kemudian kalau nak jadi pencipta kandungan, otak memang kena perah setiap hari, fikir bahan menarik untuk dijamu kepada netizen.

“Media sosial dulu dengan sekarang tidak banyak beza pun sebab semua yang ada di dalamnya adalah hasil kerja pencipta kandungan. Jadi, kami yang akan menghasilkan dan membentuk mungkin sebuah trend,” katanya kepada HibGlam.

Meski sudah lebih lima tahun bergelumang dalam dunia media sosial, pemilik nama penuh Mohamad Faizal Ahmad itu tidak terlepas dalam fasa kehausan idea baharu.

“Idea ‘kering’ itu satu hal, lagi bertambah teruk jika waktu sama saya jadi introvert. Lebih sukar nak buat konten.

“Namun syukur sekarang saya berjaya uruskan semua itu dengan lebih teratur walau adakala tersasar sedikit. Buat masa sekarang, kita buat konten yang netizen suka,” ujarnya.

Tiket Sehala

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya seni, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu baka muncul dengan filem baharu berjudul Tiket Sehala dijangka ditayangkan di pawagam pada Ogos depan.

Ujarnya, memegang watak sebagai Taki menuntutnya meletakkan pelbagai lapisan dalam emosi yang mahu dipamerkan kepada audiens.

“Watak kali ini agak mencabar sebab emosi yang hendak ditunjukkan ada banyak lapisan. Perwatakannya lelaki yang ‘gila-gila’ kemudian ada fasa serius dan mendebarkan.

“Sedar diri tidaklah terlalu berbakat dalam lakonan, saya perlu buat persiapan untuk pastikan karakter ini dijayakan dengan baik seiring dengan hasil kerja pelakon lain.

“Saya pula dikelilingi dengan pelakon hebat seperti Ainee Mustafa, Sharifah Sakinah dan Noki K-Clique. Pastinya saya tak mahu nampak tenggelam dan berusaha keras beri yang terbaik,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut memuji cara kerja beberapa pelakon dari negara jiran termasuk aktor Korea, Hyunjun Sun yang turut terlibat dalam filem bergenre ‘survival thriller’ itu.

“Filem ini beri beri pendedahan terhadap benda baru, jalani penggambaran dengan pelakon dari Korea, Thailand dan Indonesia.

“Babak dengan mereka tidaklah banyak tetapi melihat cara mereka membuatkan saya kagum,” tutupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN