BOSTON – England mengalami kejutan awal di pentas Piala Dunia 2026 apabila diikat tanpa jaringan oleh Ghana pada perlawanan kedua Kumpulan L di Stadium Boston, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan harapan The Three Lions mengesahkan slot kalah mati lebih awal tidak terlaksana dimana kedua-dua pasukan kini terikat dengan empat mata.
Terdahulu, England nyata menguasai permainan dengan merekdkan 19 percubaan berbanding hanya dua buat Ghana yang dilhat begitu cemerlang melaksanakan tugasan bertahan.
Elliot Anderson, Noni Madueke, Anthony Gordon, Jude Bellingham, Declan Rice dan Harry Kane masing-masing sering dihimpit kecewa selepas peluang yang diraih gagal disudahkan dengan lebih sempurna.
Peluang paling baik buat The Three Lions hanya hadir menerusi Nico O’Reilly pada minit ke-86 sebaliknya tandukan pemain gantian itu hanya sekadar singgah di palang gol Ghana.
Untuk menjamin tempat ke pusingan seterusnya, skuad kendalian Thomas Tuchel kini terpaksa melunaskan ‘kerja tambahan’ iaitu perlu menang ke atas Panama pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Ahad ini. – AGENSI














