fbpx
Kaotim Medikad memberi akses lebih mudah kepada orang ramai untuk memiliki takaful peribadi.

Kaotim MediKad lindungi hingga RM1.1j dengan caruman serendah RM38 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Taka­ful Malaysia) menawarkan pelan perlindu­ngan takaful perubatan berteraskan digital yang mampu milik menerusi Kaotim MediKad bermula serendah RM38 sebulan (untuk wanita berumur 11 – 15 tahun – umur hari lahir akan datang dengan profil stan­dard).

Menariknya, dengan amaun caruman tersebut, terdapat juga pilihan tambahan rider MediBoos­ter yang menawarkan had perlin­dungan tahunan sehingga RM1.1 juta.

Menerusi Kaotim MediKad, Takaful Malaysia membenarkan kemasukan ke hospital panel tanpa tunai di serata Malaysia meliputi rawatan, perbelanjaan pembedahan serta manfaat pesakit luar terpilih, tertakluk kepada had tahunan pelan yang dipilih.

Lebih mudah, pelan ini ditawarkan melalui platform digital membolehkan pelanggan mendaftar, mengurus dan melanggan perlindungan secara langsung tanpa perantara pihak ketiga.

Pelanggan yang memilih kaedah bayaran caruman secara tahunan juga akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus.

Selain itu, di bawah kempen Kao­tim MediKad, pelanggan turut berpeluang menikmati manfaat berikut, tertakluk kepada terma dan syarat.

Antaranya, perlindungan perubatan serta-merta yang ke­biasaannya mempunyai tempoh menunggu iaitu 120 hari untuk penyakit tertentu dan 30 hari untuk penyakit-penyakit lain.

Tempoh menunggu akan dikecualikan selepas penge­l­uaran sijil Kaotim MediKad yang baharu di bawah kempen ini.

Rebat caruman selama satu bulan bagi sijil yang kekal berkuat kuasa selama tiga bulan berturut-turut dari tarikh pengeluaran sijil.

Bagi mod bayaran bulanan, caruman bagi bulan keempat akan dikecualikan sebagai rebat, manakala bagi mod bayaran tahunan, jumlah rebat yang layak akan ditolak daripada caruman sete­rusnya yang perlu dibayar.

Proses penyertaan pelanggan lebih ringkas dan mudah tanpa keperluan pemeriksaan perubatan, tertakluk kepada penilaian serta kelulusan pengunderaitan sebagai kes standard.

Kaotim MediKad ini telah bermula dari 4 Mei dan akan berakhir pada 30 Jun 2026.
Bagaimanapun, untuk men­yer­tai kempen ini pelanggan harus melanggan sijil baharu Kaotim MediKad semasa tempoh kempen berlangsung.

Pelanggan perlu mempunyai sijil takaful perubatan individu atau polisi insurans perubatan sedia ada dengan syarikat takaful atau insu­rans lain (selain Takaful Malaysia) yang te­lah berkuat kuasa secara berterusan selama lebih daripada empat bulan pada masa permohonan.

Pelanggan juga akan dinilai dan perlu diluluskan oleh pengunderaitan Takaful Malaysia sebagai kes stan­dard, tanpa sebarang pembebanan atau pengecualian yang dikenakan.

Ketika ini, Kaotim juga sedang menjalankan kempen Customer Get Customer secara berasingan yang menawarkan pin tambah nilai Touch n Go eWallet bernilai RM40 bagi setiap rujukan Kaotim MediKad yang berjaya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Turut disediakan adalah ganjaran tambahan bagi setiap lima langganan yang berjaya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebarang maklumat lanjut me­ngenai perkhidmatan atau permohonan Kaotim MediKad, pelanggan boleh melayari laman sesawang medikad.kaotim.my atau mengunjungi cawangan Takaful myCare Centre (TMCC). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN