GUA MUSANG – Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini, melahirkan kekecewaan selepas tanah yang diusahakan sejak hampir 20 tahun lalu didakwa bertukar status kepada kawasan hutan simpan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Chalil, Hasan Saleh berkata, keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peneroka kerana kebanyakan mereka telah membayar premium tanah dan memperoleh geran secara sah. Katanya, peneroka kecewa apabila tanah yang diusahakan untuk kawasan pertanian disita oleh Pejabat Perhutanan dan hanya dimaklumkan……














